Tuesday, March 20, 2007
"rahsia memperoleh pendapatan lumayan dengan percuma dan biarkan wang bekerja untuk kita setiap hari"
Affiliate ialah sistem perkongsian keuntungan yang membolehkan pengguna internet mendaftarkan diri untuk mempromosikan atau menjual sesuatu produk atau perkhidmatan daripada pemilik produk dan perkhidmatan melalui laman web. Sekiranya anda sebagai pemasar affiliate tersebut berjaya melakukan jualan dan promosi, anda akan diberi komisyen oleh pemilik produk. Komisyen yang diberi bergantung kepada jualan kita, sekiranya banyak jualan, maka tinggilah kadar komisyen yang diterima.Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal kerana pendaftaran sebagai affiliate adalah percuma!Anda hanya mempromosikan affiliate tersebut.Mudah sahaja..Sebelum memilih sesuatu affiliate anda perlulah menmyelidik beberapa perkara mengenainya antaranya :-PemilikKita perlu mengenal pasti siapakah pemilik program affiliate, adakah ianya benar-benar mempunyai kredibiliti. Kita perlu pastikan bahawa pemilik affiliate tidak menyembunyikan identiti mereka. Pastikan pemilik program affiliate meletakkan nama sebenar, alamat, serta no telefon untuk dihubungi. Kekuatan program affiliate juga dapat dilihat pada logo syarikat terbabit. Hal ini penting bagi kita untuk memudahkan urusan pertanyaan serta bantuan. Saya syorkan anda menyertai program affiliate yang membolehkan anda membuat pertanyaan mahupun bantuan melalui telefon, hal ini menunjukkan syarikat terbabit benar-benar ikhlas ingin membantu anda dan bersama anda dalam menjana pendapatan di internet.ProdukKualiti produk merupakan faktor terpenting buat anda menilai sebelum anda mendaftar untuk menyertai program affiliate. Anda perlulah menilai kualiti produk tersebut dari segi harga, dan keberkesanan produk tersebut. Sebaiknya, anda perlulah membeli terlebih dahulu produk melalui program affiliate tersebut melalui rakan-rakan anda yang menjalankan pemasaran affiliate ini. Apabila anda sudah yakin dan puas dengan produk tersebut, maka anda boleh mendaftarkan diri dalam program affiliate tersebut (tambah produk-produk affiliate). Pemahaman tentang produk itu penting kerana jika anda dapat menyakinkan diri anda tentang produk itu maka lebih mudah bagi anda mempromosi produk affiliate tersebut.Nilai KomisenNilai komisyen yang diberikan mestilah memberikan pulangan yang berbaloi kepada anda. Nilai komisyen juga menentukan minat orang ramai untuk menyertai sesuatu program affiliate. Pada kebiasaanya anda akan menerima komisyen bergantung pada produk dan barangan. Apabila anda menyertai program affiliate barangan fizikal seperti PDA, jam tangan, kasut dan sebagainya kadar komisyen yang boleh anda dapat ialah 5 hingga 15 peratus. Sementara sekiranya anda menyertai program affiliate barangan digital seperti e-book, atau e-learning anda memperoleh kadar komisyen yang tinggi antara 40 higga 60 peratus. Pastikan juga anda berhak menerima bonus-bonus tambahan apabila anda berjaya mendapat komisyen pada suatu peringkat. Bonus-bonus ini biasanya menunjukkan pemilik affiliate sentiasa menghargai segala usaha anda dan kesudiaan anda bersama mereka menjayakan program affiliate tersebut.Kemudahan-kemudahanApakah kemudahan yang diberikan oleh pemilik affiliate kepada anda? Pastikan anda diberikan kemudahan yang secukupnya untuk tujuan promosi dan pemasaran affiliate anda. Kemudahan-kemudahan asas yang perlu bagi anda ialah laman web. Pastikan pemilik affiliate menyediakan laman web percuma iaitu link anda untuk tujuan promosi. Selain itu terdapat juga kemudahan-kemudahan lain yang perlu bagi anda untuk tujuan promosi iaitu banner, kod link email, perkataan promosi yang perlu untuk tujuan mempromosi melalui email, serta peralatan promosi yang canggih lagi seperti multimedia grafik, flash serta pautan video(akan diterangkan pada bab kaedah mempromosi) Peralatan-peralatan promosi ini memudahkan urusan promosi dan pemasaran anda, hal ini sememangnya menguntungkan anda, kerana anda tidak mengeluarkan sebarang modal pun. Semuanya Percuma!Kaedah Pembayaran KomisenAnda juga perlu menilai kaedah pembayaran komisyen serta meneliti cara komisyen dibayar kepada anda. Perkara penting yang perlu anda ambil kira ialah berapa kalikah komisen dibayar dalam sebulan. Biasanya komisyen dibayar berdasarkan bulanan, dan jualan yang berjaya dijual. Pada kebanyakkannya, komisyen boleh dibayar harian atau secara mingguan. Contohnya, sekiranya jualan berjaya dilakukan pada hari ini, maka pada hari inilah juga anda menerima komisyen. Manakala bagi pembayaran secara mingguan, ianya dibuat 2 minggu sekali mahupun seminggu sekali. Pilihlah kaedah penerimaan komisyen yang sesuai dan selesa buat anda.Bagi anda yang masih mencari program affiliate yang baik di sini saya ada beberapa contoh program affiliate yang memenuhi kriteria-kriteria di atas।Anda hanya perlu mendaftarkan diri secara percuma sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)